Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
HAMBAALLAH
Ya Allah, anakku Asyiqin akan menduduki ujian dunianya, iaitu ACCA ya Allah. Lancarkan jari-jamari dan pemikirannya untuk menjawab setiap soalan dengan lancar Ya Allah Kurniakan dia ketenangan sepanjang sessi ujian sebut Ya Allah Kurniakan dia, sebaik-baik keputusan ya Allah, sesungguhnya engkau Maha pemberi.
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah permudahkanlah aku sambung belajar. Betulkan niatku. Permudahkan urusanku menjaga rumahtanggaku, amanah2 dariMu sambil belajar semula untuk meningkatkan kualiti hidup serta tercapai keinginan menyumbang kepada ibubapa. Semoga suamiku reda dan smoga Engkau permudahkan rezkinya untuk kami. Amin ya Rabb
1 orang mengaminkan doa ini