Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
SAHAJA AKU SEDEKAH SUBUH PADA HARI INI KERANA ALLAH TAALA..SEMOGA BERKAT SEDEKAH INI..SEMOGA REZEKI KU UTK ANK ANKKU TIDAK AKN PUTUS..YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU REZEKI REZEKI YG MELIMPAH RUAH,YA ALLAH SEMOGA MENJADI PAHALA BUAT KELUARGA KU..SEMOGA ALLAH LINDUNGI KELUARGAKU DARI UJIAN BANJIR INI
0 orang mengaminkan doa ini