Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM350 / 0.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
10 Penyumbang
363 Baki Hari
Pusat Jagaan Satu Warga Emas kini berada dalam keadaan paling kritikal. Dengan tunggakan utiliti yang tinggi dan rumah sewa yang bakal dijual bila-bila masa, 15 nyawa yang uzur ini sedang menanti keajaiban untuk terus bertahan.
“Rumah Bakal Dijual, Makan Kini Dicatu, Bantu Selamatkan 15 Warga Emas Wanita Untuk Teruskan Hidup”


“Mereka Sudah Tiada Sesiapa Lagi Di Dunia Ini.”

Di bawah jagaan Puan Alisha (seorang India Muslim), Pusat Jagaan Satu Warga Emas menjadi tempat berteduh buat 15 orang wanita berusia antara 40 hingga 80 tahun. Walaupun berbeza latar belakang, mereka hidup bagaikan sebuah keluarga besar.
Namun, realiti hari ni sangat memeritkan buat mereka.


Hidup Dalam Kegelapan: Banyak kali bil api air dipotong. Baik pulih utiliti terpaksa ditangguh kerana wang yang ada hanya cukup-cukup untuk ubat dan keperluan asas.

Makan Minum Mula Dicatu: Keadaan dana yang sangat kritikal memaksa mereka mengecilkan porsi makanan. Bayangkan warga emas yang sakit terpaksa berkongsi hidangan yang sedikit demi memastikan semua dapat merasa.
“Kenapa Mereka Perlukan Kita?”


Kos operasi yang diperlukan adalah sebanyak RM30,000 setiap bulan. Angka ini sangat besar bagi mereka, namun ia adalah nadi untuk:
1. Kelangsungan Tempat Tinggal: Jika ada dana yang cukup, mereka boleh mencari rumah sewa lain yang lebih selesa dan selamat dengan segera.
2. Makanan dan ubat-ubatan: memastikan tiada lagi perut yang berlapar dan bekalan ubat untuk penyakit kronik sentiasa tersedia.
3. Pengurusan Harian: Melunaskan tunggakan bil supaya mereka boleh hidup dalam persekitaran yang bermaruah dan bercahaya.
“Berapa Sahaja Nilai Yang Dihulurkan, Sangat Besar Maknanya Buat Mereka.”

Pihak pusat jagaan tidak menetapkan sebarang jumlah khusus. Mereka sangat bersyukur dengan apa sahaja bantuan yang diberikan. Walaupun hanya RM1, jika ia diberikan dengan niat membantu 15 ibu ini keluar dari kesempitan, ia adalah sinar harapan buat mereka.
“Kami bersyukur atas setiap doa dan bantuan anda, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda dalam membantu kami menjaga amanah warga emas ini.”
(Puan Alisha, pengasas dan penjaga warga emas)

Hanya dengan kebersamaan kita, 15 nyawa di Pusat Jagaan Satu Warga Emas ini dapat terus berteduh dengan lebih selamat, malah kebajikan mereka lebih terjaga dan terbela. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga mereka hari ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 19, 2025