Di bulan Rejab yang mulia ini,pihak maahad membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah SWT sama-sama menyumbang dalam kempen infaq pendidikan anak tahfiz dari Pulau Langkawi, Kedah. Mereka hadir dari latar belakang keluarga yang diuji kesempitan hidup, namun tetap membawa cita-cita besar iaitu untuk menjadi penjaga dan pewaris Al-Quran.

Bagi anak-anak tahfiz ini, pendidikan bukan sekadar hadir ke kelas, tetapi satu perjuangan yang memerlukan sokongan berterusan. Keperluan asas seperti yuran pembelajaran, kitab dan mushaf Al-Quran, pakaian, alat tulis, makanan harian serta kemudahan asrama amat bergantung kepada sumbangan orang ramai. Tanpa infaq yang berterusan, perjalanan mereka menuntut ilmu berisiko terhenti.

Melalui sumbangan infaq pendidikan ini, kita bersama-sama menyokong usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing. Setiap ringgit yang diinfaqkan bukan sekadar memenuhi keperluan duniawi, malah menjadi saham akhirat yang berpanjangan pahalanya. Ia adalah pelaburan yang akan terus mengalir ganjarannya selagi ayat-ayat suci Al-Quran dilantunkan dan diamalkan oleh anak-anak ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah al-Baqarah: 274)

Infaq Tuan/Puan mampu meringankan beban anak-anak tahfiz yatim dan asnaf dari Langkawi, menyuntik semangat mereka untuk terus istiqamah menghafal Al-Quran walau diuji kesusahan hidup.
Bersama, kita bina masa depan mereka dengan cahaya ilmu dan keberkatan Al-Quran. Mudah-mudahan ia akan menjadi amal jariah yang akan menjadi bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi dan amal yang diterima Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah , terima kasih banyak pihak maahad ucapkan kepada para penyumbang yang membantu menjayakan kempen infaq ini.
Sumbangan kalian kepada anak-anak ini bakal menjadi bekal akhirat bermakna kepada penyumbang yang meraih keredaan Allah SWT dan kempunan-Nya.
Sesungguhnya apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah pasti dan benar.
Tuan-tuan dan puan-puan turut boleh hadiahkan pahala infaq ini kepada arwah ibu bapa dan orang yang tersayang .
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini